CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 28, 2009

SEKOLAHKU.......

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA JALAN DATO' SIAMANG GAGAP

Ini adalah sekolah kedua dimana aku menimba ilmu pengetahuan dari tahun 1989 hingga 1994. Selama 6 tahun aku mengabdikan diri di sini semata-mata ingin mengenali apa itu ilmu. Begitu banyak kenangan yang aku simpan di dalam kotak memori aku yang susah untuk aku lupakan. Hari pertama aku masuk darjah 1, persekolahan bermula pada sesi petang. Aku pergi ke sekolah sorang-sorang sementara mak datang kemudian pada waktu rehat bagi menguruskan pembayaran yuran serta urusan2 lain. Nak jadikan cerita , sewaktu aku mencari kawan untuk menemani aku ke bilik guru, datang seorang hamba ALLAH nie sudi menjadi teman aku. Almaklumlahkan, baru pertama kali masuk ke sekolah ini. Dan dari situ terjalin sebuah ikatan persahabatan diantara aku dan sahabatku RUZIMAH BINTI ASMAN atau aku panggil dia SYIMA.Kalau nak diceritakan kisah-kisah masa aku sekolah rendah ni,banyak..terlalu banyak kenangan yang perlu diimbas.Cukuplah sekadar aku memberitahu nama-nama kelas yang pernah aku duduki dari darjah satu hingga darjah enam.
  • 1 Merah (1989)
  • 2 Biru (1990)
  • 3 Merah (1991)
  • 4 Serindit(1992)
  • 5 Enggang (1993)
  • 6 Nuri (1995)

Erm...sesiapa yang ,melawat blog ini please attention sikit dengan nama-nama kelas yang aku senaraikan. Mana tahu, kita dapat buat reunion untuk batch 1989 - 1994. Sebenarnya sayang untuk aku meninggalkan sekolah rendah. Terlalu banyak kenangan-kenangan manis,pahit,masin yang begitu menusuk benak sanubari. Tapi aku kena terima hakikat,walau ditimbal balik..kena juga masuk melangkah ke alam persekolahan yang lain. So, bermulalah episod baru dalam hidup aku bila aku melangkah ke sekolah menengah.

SEKOLAH MENENGAH TUNKU AMPUAN DURAH,JALAN SIKAMAT,SEREMBAN

Aku mula melangkah masuk ke sekolah ini pada tahun 1995.Terlalu asing bagi aku, bila aku melihat sekeliling sekolah ini. Hati aku berkata, adakah sekolah ini sama dengan sekolah rendah aku. Jangkaan aku meleset sama sekali,segalanya berbeza. Berbeza dari segi mata pelajaran dan cikgu-cikgu yang mengajar disini. Tapi hati aku tetap gembira sebab majoriti kawan -kawan lama aku dapat sekolah yang sama waktu dengannya. Walaupun berbeza kelas, ikatan persahabatan aku dengan syima berjalan dengan lancar serta dengan kawan-kawan aku yang lain.Waktu rehat memang menjadi medan pertemuan diantara aku dan kawan-kawan aku.Aku bangga selama 5 thn (1995-1999) aku menimba ilmu disini. Bermakna telah 10 tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Tiba-tiba rindu datang bertamu. Cukup disini sahaj a coretan aku mengenai permulaan aku bertapak. Tidak keberatan disini aku paparkan maklumat sekolah yang melahirkan anak-anak bangsa menuju ke peringkat yang lebih membanggakan.

Pada tahun 1960, seramai 84 orang pelajar baru tingkatan satu telah masuk menjadikan jumlah pelajar semuanya seramai 161 orang, iaitu 88 orang lelaki dan 73 orang perempuan. Pada tahun 1961 jumlah pelajar telah meningkat menjadi 243 orang yang terdiri dari1145 pelajar lelaki dan 75 orang pelajar perempuan.
Memandangkan bilangan pelajar telah bertambah, manakala kemudahan bilik darjah amat terhad di Sekolah Menengah KGV, maka pelajar tingkatan dua telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Channer Road ( Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Jalan Dato’ Siamang Gagap), Seremban.Pada tahun 1961 juga pelajar kumpulan pertama dari sekolah ini telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Pelajar yang memperolehi keputusan terbaik dihantar melanjutkan pelajaran di tingkatan empat di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur.Pada tahun 1966, semua pelajar Sekolah Menengah Melayu menumpang di Sekolah Menengah KGV dan di Sekolah Kebangsaan Channer Road dipindahkan ke bangunannya sendiri iaitu di kilometer 5, Jalan Sikamat, Seremban. Bangunan baru sekolah ini mempunyai dua blok dua tingkat untuk bilik darjah, dua blok asrama ( lelaki dan perempuan), satu blok makmal sains dan sebuah bilik masakan.Di kawasan seluas 4 hektar, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah mengambil sempena nama DYMM Tunku Ampuan, Negeri Sembilan. Dengan mempunyai bangunan sendiri yang beridentitikan sendiri, banyak kemajuan telah dicapai. Sekolah ini telah dirasmikan pada 29 Mac 1969 oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Ibni Al Marhum Tunku Abdul Rahman DMN.,DK (Brunei).
Pada tahun 1983, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Tunku Ampuan Durah. Dengan itu, identitinya sebagai sebuah sekolah menengah Melayu telah lenyap.Sekolah ini memulakan kelas tingkatan enam pada tahun 1969. Inilah julung kali tingkatan enam aliran Melayu di adakan di Negeri Sembilan. Seramai 35 orang pelajar telah diterima masuk. Sembilan orang pelajarnya adalah dari sekolah ini sendiri manakala yang lainnya dari sekolah menengah aliran Melayu dari seluruh Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga sekolah ini telah mula menerima pelajar dari negeri Sabah. Seramai 15 orang pelajar Sabah telah diterima belajar dalam tingkatan satu. Pada tahun 1975 telah diwujudkan pula kelas sains tingkatan enam. Seramai 30 orang pelajar telah diterima masuk. Yang sangat membanggakan sekolah ini ialah seramai 13 orang dari kumpulan pertama mengambil peperiksaan HSC/STP jurusan itu telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.Satu lagi perubahan yang berlaku ialah bermulanya pengambilan pelajar tingkatan peralihan pada tahun 1981. Pelajar-pelajar itu ialah terdiri dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dari daerah Seremban.Semasa sekolah ini pindah ke bangunannya sendiri, ditapaknya sekarang ia cuma mempunyai dua blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 15 blik darjah, satu blok bangunan setingkat mengandungi 4 bilik makmal sains dan satu bangunan kecil untuk bilik masakan. Pada tahun 1971 ditambah satu lagi blok dua tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah, 3 makmal sains dan satu bilik jahitan. Oleh kerana bilangan pelajar semakin meningkat maka satu blok tambahan kepada bangunan tingakatan enam sekarang telah dibina yang dapat menampung sebanyak 45 kelas terdiri dari sesi pagi dan petang.Selain dari bilik darjah, sebuah surau dua tingkat telah dibina dalam tahun 1982 yang dapat menampung kira-kira 200 orang jemaah.Pada mulanya sekolah ini tidak mempunyai padang permainan yang sempurna. Pada tahun 1979 tanah seluas 11 ekar sebelah kawasan sekolah ini telah diperoleh dan dijadikan padang sekolah.Sekolah ini telah menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada awalnya ada dua blok bangunan dua tingkat untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1967 pelajar asrama seramai 64 orang lelaki dan 76 orang perempuan. Bangunan tambahan yang mengandungi dua blok dua tingkat telah siap dibina pada tahun 1984. Pada tahun 1992 asrama dapat menampung seramai 450 orang pelajar lelaki dan perempuan.Bilangan guru sekolah ini bertambah mengikut perkembangan pelajar.Pada tahun 1959 bilangan guru ialah 9 orang dan pelajar seramai 77 orang. Pada tahun 1967 ada seramai 37 orang guru dan 815 orang pelajar.Pada tahun 1989 bilangan guru dan pelajar meningkat dua kali ganda. Bilangan guru ialah 86 orang dan pelajar 1626 orang. Pada tahun 1991 bilangan meningkat iaitu 104 orang guru dan 1871 orang pelajar.Kakitangan bukan akademik juga berkembang mengikut perkembangan sekolah. Pada tahun 1968 ada seorang kerani, seorang pembantu pejabat dan dua orang pembantu makmal. Pada tahun 1988 jumlahnya bertambah iaitu seorang Kerani kanan, seorang kerani, dua orang pembantu pejabat, lapan orang pembantu makmal dan tigabelas orang pekerja am.Sesuai dengan dasar pendidikan negara sekolah ini menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk memilih matapelajaran dari kombinasi yang luas. Pelajar tingkatan 4 dan 5 dibenarkan memilih mata pelajaran elektif mengikut pilihan mereka seperti yang disyaratkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pelajar-pelajar tingkatan 6 juga dibolehkan memilih mata pelajaran mengikut pilihan mereka selaras dengan sistem sijil terbuka STPM. Oleh itu jadual waktu kelas disusun untuk membolehkan pelajar bergerak mengikut pelajaran yang dipilih. Dalam bidang kokurikulum berbagai kemudahan disediakan seperti gelanggang bola jaring dan tenis. Kemudahan-kemudahan yang ada membolehkan pelajar memilih berbagai jenis permainan untuk riadah. Bagi pelajar yang meminati seni mempertahankan diri mereka boleh menyertai kelab taekwando dan seni silat.

**sekadar mengimbas kembali sejarah persekolahan...**

0 comments: