CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 8, 2010

Bertukar Tempat Kerja Baru....


Pada 09.08.2010 aku bertukar tempat kerja...bidang kerja yang baru..suasana yang baru..kawan2 yang baru..Esok,genap 3 bulan aku confirm bekerja disitu...huhuhu...aku menanti penuh debar untuk hari cnfirmation aku esok...huhuhuu....dup dap..dup dap..harap2 aku dapat cnfirmation aku esok....

Tuesday, November 10, 2009

Assalamualaikum....

Lama sungguh aku nak meng'update'kan blog aku nie..sebenarnya tiada apa yang menarik yang hendak di story mory kan ttg aku....cuma dua tiga hari ini, aku dapat hobi baru...layari FaceBook...huhu..aku xsangka dengan layari FB nie..dapat jejak kawan2 lama aku dari sek ren hingga sek men. sungguh aku xsangka..canggih yer FB ni ekalah MS dengan FS...

Saturday, May 16, 2009

Bermadah Sebentar....

SERAUT WAJAH ITU

Tiap patah bicara yang lahir
Pastinya senyum di bibir terukir
Dalam mimpi dirinya sering hadir
Entah bilakah akan berakhir

Seraut wajah itu
Mengundang resah di hatiku
Menganyam gelisah dihatiku
Menyulam debaran didadaku
Cinta yang hadir tidak berpaut
Rindu yang bertanu tidak bertaut
Kerana jiwa itu tidak menyambut

Hingga ke detik ini
Ku masih menanti bicara hati
Dari insan yang aku sayangi
Namun hanya khayalan mimpi
Dalam diam telah pun ia karam.
Ke suatu sudut yang amat dalam
Dan mungkin telapun karam

Namun ku masih menanti cinta
Semalam
Kerana seraut wajah itu
Ku masih menghitung waktu
Untuk rinduku terus bertamu
Diruang hati yang tidak bersatu

Pertama Kali AKu..

Menjelajah Mencari Gambar Novelis Yang Sangat Aku Kagumi...Puas Aku Layari Mencari Wajah Novelis Fauziah Ashari....Finally aku jumpa jugak...

Antara buku2 beliau yang aku dah baca...adalah trilogie Ombak Rindu,Cinta...Tiada Akhirnya & Rindu Cintaku serta Pergilah Sepi..Walaupun aku bukan mania sangat dengan Novel2...Namun Trilogi ini amatlah aku gemari kerana jalan ceritanya sungguh menarik. Kisah perjalanan seorang Izzah gadis kampung yang ingin melanjutkan pelajaran ke Menara Gading akhirnya terjuman ke dalam kancah kehidupan yang bukan pintanya.Izzah dijual oleh manusia yang layak digelar BINATANG kerana menjual darah dagingnya sendiri kepada seorang bapak ayam.Namun,takdir penentu segala...dengan kuasa ALLAH s.w.t Izzah diselamatkan oleh Hariz salah seoarang pelanggan di kelab malam itu.Pelbagi rintangan dan cabaran yang ditempuh oleh Izzah bersama Hariz. Mungkin aku dikata ketinggalan zaman untuk menceritakan kisah-kisah novel2 kak fauziah..aku tak kisah..asalkan aku dapat luahkan apa yangaku rasakan selama ini.

First Time Aku.....

BIARKAN AKU MENANGIS....

OMBAK RINDU....



CINTA KAU DAN AKU...



CINTA....TIADA AKHIRNYA

OMBAK RINDU....


~~Aku Beli Novel...SekaliGus...~~

That's My Mum...

Inilah mak aku...nama dia RASMAH BINTI KASSIM....cutekan?..~~Harap-harap mak tak marahlah aku upload gambar dia kat dalam blog aku nie..mane taukan..ada yang menyampai pulak kan..huhu..Kalau korang nak tau..mak aku tak gemar sangat bergambar...gambar nie pun aku tangkap curi2..huhu~i'm SoRryyy....So..buat mak yang tersayang...tercinta...ucuk-ucuk..'Happy Mother's Day'...takder aper2 yang dapat akak bagi pada mak tahun nie dan tahun sebelum2nya..hanya sekadar ucapan yang tulus ikhlas dari anakanda yang mak sayangi...CewaHH!!!~~~~Muah...SayaNg Mak..

Bunga ni khas untuk Mak dari akak....Muah...Cuppp.Cup...Cupp..

Thursday, April 2, 2009

BERAKHIRLAH TUGASMU SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Pak Lah dilahirkan dalam sebuah keluarga warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939 dan dibesarkan di Permatang Bertam, Kepala Batas.
Beliau mendapat didikan pertama di Sekolah Melayu Permatang Bertam (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam) selepas era penjajahan Jepun iaitu sekitar pertengahan 1940-an sehingga darjah empat.
Kemudian, beliau menyambung persekolahan dalam darjah lima di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (STBM) sehingga tingkatan lima sebelum ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Lelaki Methodist, Pulau Pinang.

Saturday, March 28, 2009

Sejarah Akan Bermula


Aku memetik kata-kata penulis kosmo yang menggelarkan diri sebagai BIDAI..aku tertarik dengan bait-bait katanya..Walaupun nampak macam menyindir..tapi terpukul dengan patah perkataan yang dicoretkan dalam akhbar kosmo hari ini mengenai dengan kempen EARTH HOUR. Ini adalah sebahagian kata-katanya yang bisa menghiris tangkai jantung aku...hahaha..
"........bg bidai ianya ada pro dan kontranya. Jika mereka mengikut program ini kerana tahu apa yang sudah terjadi pada dunia ini, Bidai sanjung usaha mereka. Namun jika ada yang melakukan perkara ini hanya disebabkan terikut-ikut, dipaksa atau disebabkan artis mereka melakukan perkara ang sama,Bidai rasa tak payah lah mereka padamkan lampu berkenaan. Bukan apa ibarat 'lembu dicucuk hidung,dan hanya suka-suka melakukan apa yang orang lain lakukan tanpa tahu apa makna yangdihasratkan oleh WWf tidak akan berjaya..."
so kalau nak isi sepenuhnya...bacalah KOSMO 28.03.2009.Marilah kita beramai-ramai menyokong program ini bagi melaksanakan hasrat WWF untuk menyelematkan bumi ini........Ku lihat HITAMMMMMM.. 'aper yang penting....kerjasama'



SEKOLAHKU.......

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA JALAN DATO' SIAMANG GAGAP

Ini adalah sekolah kedua dimana aku menimba ilmu pengetahuan dari tahun 1989 hingga 1994. Selama 6 tahun aku mengabdikan diri di sini semata-mata ingin mengenali apa itu ilmu. Begitu banyak kenangan yang aku simpan di dalam kotak memori aku yang susah untuk aku lupakan. Hari pertama aku masuk darjah 1, persekolahan bermula pada sesi petang. Aku pergi ke sekolah sorang-sorang sementara mak datang kemudian pada waktu rehat bagi menguruskan pembayaran yuran serta urusan2 lain. Nak jadikan cerita , sewaktu aku mencari kawan untuk menemani aku ke bilik guru, datang seorang hamba ALLAH nie sudi menjadi teman aku. Almaklumlahkan, baru pertama kali masuk ke sekolah ini. Dan dari situ terjalin sebuah ikatan persahabatan diantara aku dan sahabatku RUZIMAH BINTI ASMAN atau aku panggil dia SYIMA.Kalau nak diceritakan kisah-kisah masa aku sekolah rendah ni,banyak..terlalu banyak kenangan yang perlu diimbas.Cukuplah sekadar aku memberitahu nama-nama kelas yang pernah aku duduki dari darjah satu hingga darjah enam.
  • 1 Merah (1989)
  • 2 Biru (1990)
  • 3 Merah (1991)
  • 4 Serindit(1992)
  • 5 Enggang (1993)
  • 6 Nuri (1995)

Erm...sesiapa yang ,melawat blog ini please attention sikit dengan nama-nama kelas yang aku senaraikan. Mana tahu, kita dapat buat reunion untuk batch 1989 - 1994. Sebenarnya sayang untuk aku meninggalkan sekolah rendah. Terlalu banyak kenangan-kenangan manis,pahit,masin yang begitu menusuk benak sanubari. Tapi aku kena terima hakikat,walau ditimbal balik..kena juga masuk melangkah ke alam persekolahan yang lain. So, bermulalah episod baru dalam hidup aku bila aku melangkah ke sekolah menengah.

SEKOLAH MENENGAH TUNKU AMPUAN DURAH,JALAN SIKAMAT,SEREMBAN

Aku mula melangkah masuk ke sekolah ini pada tahun 1995.Terlalu asing bagi aku, bila aku melihat sekeliling sekolah ini. Hati aku berkata, adakah sekolah ini sama dengan sekolah rendah aku. Jangkaan aku meleset sama sekali,segalanya berbeza. Berbeza dari segi mata pelajaran dan cikgu-cikgu yang mengajar disini. Tapi hati aku tetap gembira sebab majoriti kawan -kawan lama aku dapat sekolah yang sama waktu dengannya. Walaupun berbeza kelas, ikatan persahabatan aku dengan syima berjalan dengan lancar serta dengan kawan-kawan aku yang lain.Waktu rehat memang menjadi medan pertemuan diantara aku dan kawan-kawan aku.Aku bangga selama 5 thn (1995-1999) aku menimba ilmu disini. Bermakna telah 10 tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Tiba-tiba rindu datang bertamu. Cukup disini sahaj a coretan aku mengenai permulaan aku bertapak. Tidak keberatan disini aku paparkan maklumat sekolah yang melahirkan anak-anak bangsa menuju ke peringkat yang lebih membanggakan.

Pada tahun 1960, seramai 84 orang pelajar baru tingkatan satu telah masuk menjadikan jumlah pelajar semuanya seramai 161 orang, iaitu 88 orang lelaki dan 73 orang perempuan. Pada tahun 1961 jumlah pelajar telah meningkat menjadi 243 orang yang terdiri dari1145 pelajar lelaki dan 75 orang pelajar perempuan.
Memandangkan bilangan pelajar telah bertambah, manakala kemudahan bilik darjah amat terhad di Sekolah Menengah KGV, maka pelajar tingkatan dua telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Channer Road ( Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Jalan Dato’ Siamang Gagap), Seremban.Pada tahun 1961 juga pelajar kumpulan pertama dari sekolah ini telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Pelajar yang memperolehi keputusan terbaik dihantar melanjutkan pelajaran di tingkatan empat di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur.Pada tahun 1966, semua pelajar Sekolah Menengah Melayu menumpang di Sekolah Menengah KGV dan di Sekolah Kebangsaan Channer Road dipindahkan ke bangunannya sendiri iaitu di kilometer 5, Jalan Sikamat, Seremban. Bangunan baru sekolah ini mempunyai dua blok dua tingkat untuk bilik darjah, dua blok asrama ( lelaki dan perempuan), satu blok makmal sains dan sebuah bilik masakan.Di kawasan seluas 4 hektar, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah mengambil sempena nama DYMM Tunku Ampuan, Negeri Sembilan. Dengan mempunyai bangunan sendiri yang beridentitikan sendiri, banyak kemajuan telah dicapai. Sekolah ini telah dirasmikan pada 29 Mac 1969 oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Ibni Al Marhum Tunku Abdul Rahman DMN.,DK (Brunei).
Pada tahun 1983, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Tunku Ampuan Durah. Dengan itu, identitinya sebagai sebuah sekolah menengah Melayu telah lenyap.Sekolah ini memulakan kelas tingkatan enam pada tahun 1969. Inilah julung kali tingkatan enam aliran Melayu di adakan di Negeri Sembilan. Seramai 35 orang pelajar telah diterima masuk. Sembilan orang pelajarnya adalah dari sekolah ini sendiri manakala yang lainnya dari sekolah menengah aliran Melayu dari seluruh Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga sekolah ini telah mula menerima pelajar dari negeri Sabah. Seramai 15 orang pelajar Sabah telah diterima belajar dalam tingkatan satu. Pada tahun 1975 telah diwujudkan pula kelas sains tingkatan enam. Seramai 30 orang pelajar telah diterima masuk. Yang sangat membanggakan sekolah ini ialah seramai 13 orang dari kumpulan pertama mengambil peperiksaan HSC/STP jurusan itu telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.Satu lagi perubahan yang berlaku ialah bermulanya pengambilan pelajar tingkatan peralihan pada tahun 1981. Pelajar-pelajar itu ialah terdiri dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dari daerah Seremban.Semasa sekolah ini pindah ke bangunannya sendiri, ditapaknya sekarang ia cuma mempunyai dua blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 15 blik darjah, satu blok bangunan setingkat mengandungi 4 bilik makmal sains dan satu bangunan kecil untuk bilik masakan. Pada tahun 1971 ditambah satu lagi blok dua tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah, 3 makmal sains dan satu bilik jahitan. Oleh kerana bilangan pelajar semakin meningkat maka satu blok tambahan kepada bangunan tingakatan enam sekarang telah dibina yang dapat menampung sebanyak 45 kelas terdiri dari sesi pagi dan petang.Selain dari bilik darjah, sebuah surau dua tingkat telah dibina dalam tahun 1982 yang dapat menampung kira-kira 200 orang jemaah.Pada mulanya sekolah ini tidak mempunyai padang permainan yang sempurna. Pada tahun 1979 tanah seluas 11 ekar sebelah kawasan sekolah ini telah diperoleh dan dijadikan padang sekolah.Sekolah ini telah menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada awalnya ada dua blok bangunan dua tingkat untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1967 pelajar asrama seramai 64 orang lelaki dan 76 orang perempuan. Bangunan tambahan yang mengandungi dua blok dua tingkat telah siap dibina pada tahun 1984. Pada tahun 1992 asrama dapat menampung seramai 450 orang pelajar lelaki dan perempuan.Bilangan guru sekolah ini bertambah mengikut perkembangan pelajar.Pada tahun 1959 bilangan guru ialah 9 orang dan pelajar seramai 77 orang. Pada tahun 1967 ada seramai 37 orang guru dan 815 orang pelajar.Pada tahun 1989 bilangan guru dan pelajar meningkat dua kali ganda. Bilangan guru ialah 86 orang dan pelajar 1626 orang. Pada tahun 1991 bilangan meningkat iaitu 104 orang guru dan 1871 orang pelajar.Kakitangan bukan akademik juga berkembang mengikut perkembangan sekolah. Pada tahun 1968 ada seorang kerani, seorang pembantu pejabat dan dua orang pembantu makmal. Pada tahun 1988 jumlahnya bertambah iaitu seorang Kerani kanan, seorang kerani, dua orang pembantu pejabat, lapan orang pembantu makmal dan tigabelas orang pekerja am.Sesuai dengan dasar pendidikan negara sekolah ini menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk memilih matapelajaran dari kombinasi yang luas. Pelajar tingkatan 4 dan 5 dibenarkan memilih mata pelajaran elektif mengikut pilihan mereka seperti yang disyaratkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pelajar-pelajar tingkatan 6 juga dibolehkan memilih mata pelajaran mengikut pilihan mereka selaras dengan sistem sijil terbuka STPM. Oleh itu jadual waktu kelas disusun untuk membolehkan pelajar bergerak mengikut pelajaran yang dipilih. Dalam bidang kokurikulum berbagai kemudahan disediakan seperti gelanggang bola jaring dan tenis. Kemudahan-kemudahan yang ada membolehkan pelajar memilih berbagai jenis permainan untuk riadah. Bagi pelajar yang meminati seni mempertahankan diri mereka boleh menyertai kelab taekwando dan seni silat.

**sekadar mengimbas kembali sejarah persekolahan...**

Friday, March 27, 2009

BAKAT YANG TERPENDAM......

IZINKAN AKU TERUS BERTAKHTA DIHATIMU

Sembunyi jiwa yang terseksa
Ukir senyuman simpan dalam dada
Sudah tertulis segala
Telah kukirim untuk tatapanmu
Sudahku mendekati
Kau masih curigai lagi
Adakah kau tak mengerti
Ataupun ingin sendiri
Berapa lama dapat aku hindarkan
Berapa lama nak ku pendam
Perasaan kasih sayang yang meronta
Kenali inti hati
Akan ku rayu menyinta padamu
Akan ku tunggu sehingga kau rela menerima aku walau
Bertahun harusku mengharap…sanggupku tempuh rintangan

Rakan Sekerja Aku...

Agak lama juga aku tidak update blog aku. Entahlah.. mungkin kesibukan bekerja yang membuatkan aku malas nak update blog. Hari ni pulak entah kenapa hati aku tergerak nak buka blog yang dah lama aku tinggalkan. Inilah hasilnya bila dah lama tak update. Nak cerita pun tak tahu mana nak mula...

Ini rakan sekerja aku. Namanya Salabiyah Ishak. Masih bujang dan agak kelakar orangnya. Sorang yang suka menjawab bila bos bercakap. Paling suka gelak dan kuat makan walaupun berbadan kecil. Dia ni minah rempit. Datang kerja pun bawa motor scooter merah dia. Nanti saya update gambar motor merah dia.

Ini pun rakan sekerja aku juga. Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang baru berusia 4 bulan. Namanya Shelly tapi dah biasa semua staff memanggil kaklong. Understanding dan very caring person.

Inilah permulaan blog yang telah lama aku tinggalkan. Insyaallah dihari-hari lain, saya akan mengupdate lagi yang boom-boom punya cerita.

Friday, October 24, 2008

BerMadah....Helah Sebentar....

Andai Cinta punca perpisahan..Biarlah mati yang menyambungnya semula..
Namun jika mati punca perpisahan biarlah hidup ini menjadi erti yang nyata...
Cinta datang dan pergi dengan sendiri..
Ianya datang dari hati yang ikhlas..
Cinta ibarat kain putih...yangmanakita yangmencorakkannya
Menjadi sebuah cinta yang abadi sehingga akhir hayat kita..
Antara kau dan aku punya rasa cinta yang sama..
Namun apakan daya..takdir penentu segala..
Kau dan Aku bersatu di dalam lagu menjadi satu irama yangindah untuk
diperdendangkan pada semua....bahawa akulah yang kau angkat sebagai kekasih...
Hingga akhir hayat...